Selain itu, peminjaman bahasa ini berlaku akibat pertembungan tamadun Arab dan Melayu melalui aktiviti perdagangan serta penyebaran Islam, yang bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu tetapi juga mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat. Walaupun begitu, sistem bahasa Arab dan bahasa Melayu mempunyai perbezaan ketara, menyebabkan proses asimilasi imbuhan berlaku dalam skala yang terhad. Secara lebih spesifik, pinjaman imbuhan Arab-Parsi dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan seperti bi- serta imbuhan akhiran seperti -wi, -i, -iah, -in, -at, dan -ah. Oleh itu, meskipun penyerapan unsur imbuhan Arab-Parsi dalam bahasa Melayu adalah terhad, ia tetap memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan dan kemajuan bahasa ini.
JOM KENAL PASTI KESALAHAN IMBUHAN ARAB-PARSI ! 🤗
Kesalahan Imbuhan Sanskrit dalam Media Cetak 🕮
Kesalahan Imbuhan Sanskrit dalam Media Elektronik🌐
1.
Berdasarkan tangkap layar di atas, kesalahan perkataan yang dijumpai ialah ‘ilmi-ah’. Perkataan ini salah kerana tidak mengikut aturan morfologi yang betul. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), imbuhan akhiran ‘-iah’ digunakan bagi membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Dalam konteks ini, kata dasar bagi perkataan ini ialah ‘ilmu’ manakala imbuhan pinjaman bagi perkataan ini ialah ‘-iah’. Maka, perkataan yang betul ialah ‘ilmiah’. ‘Ilmiah’ kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang berlandaskan ilmu pengetahuan, kajian sains, atau berdasarkan kaedah dan prinsip sains.
2.
Kesalahan dalam penggunaan perkataan "jahiliyah" dalam ciapan ini terletak pada ejaan yang tidak mengikuti kaedah bahasa Arab yang betul apabila diserap ke dalam bahasa Melayu. Perkataan yang tepat ialah "jahiliah", tanpa huruf "y" sebelum huruf "h" di akhir kata.
Menurut Tatabahasa Dewan dan ejaan yang diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan yang berasal daripada bahasa Arab seperti "jahiliah" harus menyesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan bahasa Melayu yang telah ditetapkan. Istilah "jahiliah" merujuk kepada zaman sebelum kedatangan Islam yang dicirikan oleh kejahilan, penyembahan berhala, dan ketidaktahuan tentang ajaran tauhid.
Oleh itu, dalam konteks ciapan ini, ejaan yang betul seharusnya "jahiliah", bukan "jahiliyah", agar sesuai dengan sistem ejaan yang standard dalam bahasa Melayu.
Klik disini untuk pergi ke halaman Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan