Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris





Proses penambahan imbuhan Yunani, Latin, dan Inggeris dalam pembentukan kata bahasa Melayu mencerminkan pengaruh globalisasi serta perkembangan ilmu dan teknologi. Imbuhan ini merujuk kepada elemen linguistik yang dipinjam daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris, yang sering digunakan dalam bidang sains, perubatan, teknologi, dan budaya moden.

Pada abad ke-18, bahasa Inggeris mula memberi kesan kepada bahasa Melayu, terutamanya di Pulau Pinang sekitar tahun 1786. Pengaruh ini berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah dasar pentadbiran Inggeris yang mengutamakan penggunaan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan. Selain itu, bahasa Inggeris juga menjadi bahasa rasmi pentadbiran, sistem pendidikan Inggeris yang melahirkan ramai penutur bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Melayu, serta peranannya sebagai bahasa antarabangsa.

Selain itu, terdapat usaha untuk menyerap bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu bagi membentuk bahasa yang lebih moden. Menurut Abbas Shariff (1986), peminjaman perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris menjadi satu keperluan, khususnya dalam sektor pendidikan, bagi memastikan bahasa Melayu terus berkembang mengikut arus kemajuan.



 JOM KENAL PASTI KESALAHAN IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS! 🤗


Kesalahan Imbuhan Sanskrit dalam Media Cetak 🕮


1.



(https://www.facebook.com/share/1AB2FSWvQK/?mibextid=wwXIfr)

Anti-Dadah ❌
Antidadah ✅


Berdasarkan keratan akhbar di atas, kesalahan penggunaan imbuhan pinjaman yang dijumpai ialah ‘Anti Dadah’. Hal ini dikatakan salah kerana menurut Abdul Ghalib Yunus (2012), perkataan ‘antidadah’ hendaklah dieja rapat kerana imbuhan awalan ‘anti’ merupakan imbuhan awalan asing yang digabungkan dengan kata nama am iaitu ‘dadah’. Oleh itu, perkataan yang betul ialah ‘antidadah’ yangmerujuk kepada usaha untuk menentang dadah atau menangani isu dadah. 




Kesalahan Imbuhan Sanskrit dalam Media Elektronik🌐


1.



(https://x.com/ausmeshi/status/1844994401874919484?s=46)

sub-topik ❌
subtopik ✅

Kesalahan penggunaan imbuhan pinjaman yang dapat dikenal pasti dalam tangkapan layar di atas ialah perkataan "sub topik". Kesilapan ini berlaku kerana perkataan tersebut sepatutnya dieja secara rapat sebagai "subtopik", tanpa ruang atau tanda sempang. Dalam sistem morfologi bahasa Melayu, gabungan imbuhan pinjaman seperti "sub-" dengan kata dasar "topik" membentuk satu unit makna yang padu, justeru ejaannya tidak boleh dipisahkan.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), imbuhan awalan "sub-" berasal daripada bahasa Latin dan membawa maksud sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar atau berada di bawah sesuatu perkara utama. Oleh itu, istilah "subtopik" merujuk kepada pecahan atau bahagian kecil dalam sesuatu topik utama, yang mengorganisasikan maklumat secara lebih terperinci.
Dalam konteks penggunaan bahasa yang tepat, kesalahan seperti ini perlu diperbetulkan kerana pemisahan yang tidak wajar boleh mengganggu kejelasan makna dan tidak sejajar dengan kaedah pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Oleh itu, bentuk ejaan yang betul ialah "subtopik", yang lebih gramatis dan selaras dengan peraturan ejaan bahasa Melayu.

2.
(Sumber:Ciapan daripada aplikasi Facebook)

Anti Komunis ❌
Anti-Komunis ✅

Berdasarkan perkataan di atas, terdapat kesalahan bahasa dalam ejaan "ANTI KOMUNIS", yang sepatutnya ditulis dengan tanda hubung sebagai "ANTI-KOMUNIS". Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, "anti-" ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan selepasnya, seperti "antirusuhan". Namun, apabila "anti-" diikuti oleh kata nama khas seperti "Islam" atau "Komunis", tanda hubung perlu digunakan, menjadikannya "anti-Komunis".

Perkataan "anti-" membawa maksud tidak menyokong atau menentang sesuatu. Oleh itu, dalam konteks ini, frasa "anti-Komunis" merujuk kepada penentangan terhadap fahaman Komunis. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu berhati-hati agar tidak disalah tafsir sebagai merujuk kepada sesuatu kaum, seperti "anti-Cina", yang boleh menimbulkan sentimen perkauman. Sebagai masyarakat majmuk, rakyat Malaysia perlu mengelakkan istilah yang boleh membawa kepada perpecahan, demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan negara.


Klik disini untuk pergi ke halaman Imbuhan Arab-Parsi

Klik disini untuk pergi ke halaman Imbuhan Sanskrit

Klik disini untuk pergi ke Halaman Utama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan